Tuesday, June 30, 2015

Belajar last minit

Assalamualaikum..

Humphhhh, okay entry kali ni kak mie nak sentuh bab belajar last minit. Kak mie pasti u alls mesti kalut gila kan bila jadi macam ni, haha.


Kak mie pun dulu macam ni jugak, bukan setakat midnight je, lagi 2 3 jam nak start exam baru nak bukak buku. teror tak u alls, Hahaha (ketawa sampai terkentut) sudahhh nya beberapa subjek failed :'(

So disebabkan itu, kak mie rasa down gila. Kawan-kawan semua nya dah masuk ke sem baru dengan subjek baru . Kak mie je tertinggal kebelakang dengan sisa-sisa penyesalan. Sedihh sampai ada rasa macam nak berhenti belajar.

Tapi nasib baik kak mie cepat tersedar daripada lamunan-lamunan terhenti tuh. kak mie tekad nak start belajar bersungguh-sungguh yang hanya pada mulanya aje berkobar-kobar, lepas tuh semua ke lauttt. Itu semua hanya dusta belaka, puihhh! haha. Kak mie study laa tapi tabiat belajar last minit tuh memang tak boleh buang, apakan dayaa..

So kat sini kak mie nak tunjuk kat u alls cara kak mie belajar last minit, walaupun markah tak adalah 4 flat ke A++ ke tapi still boleh bawa rasa bangga tuh kemana-mana lahh.

Firstly,

1) Untuk pelajar universiti, cari balik semua set-set soalan yang lepas-lepas, paling lama pun 4 sem yang lepas. Boleh mintak fotokopi dekat library. Kalau sekolah cari buku rujukan yang ada soalan exam yang lama-lama tuh. Nak lagi ekstrem, sure punya lah cikgu u all atau siapa-siapa kenalan dengan yang pangkatnya "teacher" mesti ada set soalan-soalan lepas (SPM or PMR). Nak berjaya kan, so buat je muka tak malu mintak kat mereka. okay ^^

2) Ini pengalaman dan cara pemberlajaran kak mie laa, setiap set-set soalan tuh mesti ada soalan yang sama je keluar setiap edisi. So u all amik pen or hitlited tandakan soalan-soalan yang sama tuh takut nanti u all lupa mana satu yang u all baca.

3) Okay dah keluarkan segala isi-isi perut semua, salin pula dalam buku lain. Haaaa yang ni khas untuk nota belajar laa. Dah nama pun nota, jangan lah u all salin sebijik-bijik jawapan macam dalam buku rujukan pulak. Amik seringkas boleh. Yang korang boleh hafal.

4) And then macam biasalah hafal sampai termuntah, heeeee..

5) Jangan lupa doa dan solat, itu WAJIB ok..

Then, kita stop kat sini dulu. insyaallah kalau kita berusaha kita boleh berjaya bak kata pepatah hendak seribu tak hendak seribu dalih. Kak mie doakan yang bakal menduduki exam, buat yang terbaik ok. Jangan jadi macam Kak mie menyesal tak sudah akhirnya. huuuu. Okay, moga ketemu lagi pada entry akan datang. Bye ^^  

0 comments:

Post a Comment