Sunday, June 28, 2015

NOTA-Shaz Johar

Assalamualaikum...

Okay,semalam Kak Mie pergi satu kedai buku ni asalnya nak beli novel cintan cintun tapi duk belek sana belek sini tak jugak jumpa novel yang best-best. Serius lah sekarang semua novel guna jalan cerita yang sama je sampai Kak Mie pun dah bosan tengok ehhh. Asyik-asyik kawen paksa pastu bercinta gak lastnya, and kisah tomboy and agak dramatik sangat lah kan, jumpa kat tempat yang tak disangka and then jodoh lah agaknya . kawennnnnnnnn..... choiyyy kau. Hahaha.

So nak pendek kan cerita, Kak Mie pergi pada satu kawasan yang jual pada buku fixi. Yelahhh, cuba la beli yang agak-agak ekstrem sikit baru jiwa tuh mengelodak sikit nak baca. Haha. Kak Mie suka beli baca sinopsis dulu tapi sesetengah orang suka beli tengok penulis nya. Kak Mie jenis tak kisah walaupun penulis tuh baru pertama kali publish satu buku tapi jalan cerita menarik Kak Mie beli laa apa lagi.

So terjumpa la satu buku ni, nampak tak gambar kat atas tuh... haaaa tajuk nya NOTA from Shaz Johar. Mehhh sini Kak Mie bagi sinopsis nya.

 "Ok. Siapa dalam dunia ni yang percaya cakap orang gila?"-Rekha
Dalam menghasilkan novelnya yang kedua, Ray cuba menyelami kisah hidup seseorang wanita yang telah dituduh membunuh penculik anaknya dengan kejam. Kata Rekha, sewaktu polis tiba ditempat kejadian, wanita itu sedang memegang tukul besi manakla baju dan mukanya berlumuran darah. Darah terpercik hingga ke siling, DNA mangsa ada dimana-mana tetapi tubuh mangsa hilang tanpa dapat dikesan. Ray telah diberikan dengan beberapa siri nota yang ditulis oleh wanita itu sendiri untuk mengetahui kisahnya yang sebenar. Tugas Ray, dia hanya perlu membaca nota itu hingga sampai ke penghujung.

Baca sinopsis je dah membuatkan Kak Mie rasa ngeri, so demi nak baca kisah-kisah yang selanjutnya Kak Mie pun beli lah satu. Seriously, satu malam je Kak Mie dah khatam kan satu buku. Dasyatt u allsss, Haha. So kalau u alls nak tahu kisah yang selanjutnya u alls beli lahh satu. Kak Mie nak review panjang-panjang lebar ni tak reti benor, kang melalut je lebih. Kesian kat penulis tuh karang, daripada cerita best dapat kat Kak Mie habis ke laut jadi nya. Huhuhu.

Okay, itu sahaja. Nanti kalau Kak Mie beli mana-mana buku lagi, Kak Mie update kat u alls okay. Sharing is caring bak kata omputehh. Hehehe.. moga ketemu lagi pada entry akan datang. Bye ^^

1 comments:

Anonymous said...

thanks kak mie - shaz johar.

Post a Comment