Tuesday, June 30, 2015

Kisah jerawat dan aku

Assalamualaikum...

Okay sembang-sembang kali ni kak mie nak sentuh mengenai jerawat. So u all mesti dah lali sangat dengar fasal musuh utama remaja ni kan, bukan setakat remaja sahaja malahan kepada golongan yang lain jugak. Kak mie bukak entry kali ni sebab semalam kak mie ditegur oleh salah seorang kawan mengatakan bahawa muka kak mie dah bersih daripada jerawat. Tapi takda la bersih sangat still ada bekas-bekas jerawat macam tuh. heee. So tetiba teringat bagaimana susah payah kak mie membela dan menghapuskan jerawat-jerawat degil kat muka ni. (mendongak keatas memandang kepulan-kepulan awan kecil membawa kembali nostalgia pahit manis bersama jerawatku)
 ..........................

Jerawat mula tumbuh waktu kak mie berada di tingkatan 1. Waktu tuh hanya jerawat pasir je tapi tangan kak mie waktu tuh memang gatal asik nak usik je jerawat tuh and i'm totally stupid because after that i'm having a disaster pimples at my face, huhu T_T.

So naik ke tingkatan 2 until 5 muka kak mie makin teruk. Hurmmmm Kak mie tak ada la contoh gambar waktu-waktu zaman kegemilangan dulu nak tunjuk kat u all, hahaha. Yelahh rasa rendah diri sangat waktu tuhhh. Malu nak bergambar, kalau kawan-kawan kak mie ajak berphoto kak mie mesti menolak. Macam-macam alasan yang kak mie bagi. Sebab jerawat naik kat muka masa tuh macam cendawan tumbuh selepas hujan, banyak sangat. Memang nampak la kehuduhan nye tuh. Sampai takda ruang kosong langsung kat muka ni, yang ada pun bahagian sekeliling mata and hidung aje, yang lain sesak habis. fuh ~

Lagi pulak kak mie jenis yang buat bodoh je bila jerawat naik, yela tak pandai nak bercantik cantik. Sampai pada satu tahap kawan-kawan sekolah dan cikgu mula tegur muka kak mie makin teruk, malu gila tahap gaban kott. Nak bercakap dengan mereka pun mestI tunduk-tunduk aje. So start dari tuh kak mie beli pencuci muka, tak silap tahun 2009 waktu tuh. Kak mie pakai clean & clear, hahaha serius cakap memang "clean & clear" sangat~ =.=



Jerawat batu mula naik kat muka, so stop pakai pencuci muka tuh. Mungkin sebab tak sesuai dengan kulit kot. and then after that bermacam-macam kak mie guna pencuci muka beserta krim. Haaa! nak cerita pasal krim ni. Kak mie guna krim fair & lovely, guess what ni adalah krim terbaik kak mie pernah cuba until now i'm still used it. woww ! (^ _ ^) Yang botol hijau kak mie guna lagi, yang pink kak mie guna waktu zaman persekolahan dan yang oren waktu zaman kolej. Memang tak tukar pada krim-krim yang lain.


 So for pencuci muka, kak mie buat keputusan nak beli pencuci muka jenis yang ala-ala tradisional sikit. Kak mie survey kat kedai sendayu tinggi, memang jumpa satu sabun ni tapi kak mie dah lupa nama nye. Around 1 year kak mie pakai lepas tuh dah takda stok. Hishhh kenapa tak buat stok banyak-banyak sebab memang sabun tuh terbaik. Walaupun tak hilangkan jerawat tapi still kurangkan jerawat kat muka kak mie ni.

Lepas tuh muka naik jerawat semula, masa ni kak mie dah habis sekolah and masuk satu kolej swasta ni. Kak mie start try satu pencuci ni from Biore. Lama jugak kak mie pakai almost 4 years, sebab dia mengurangkan jerawat and menghilangkan parut-parut hitam tuh. Suka sangattt.
After that, muka kak mie beransur pulih walaupun not 100% tapi still boleh tunjuk muka di public la takde la jalan menunduk aje. hihihi. Kak mie pakai pencuci muka Biore, krim fair & lovely botol hijau, bedak compact from silky white and thats all. Memang muka kurang jerawat tapi bila sesekali jerawat naik tuh kena menahan laa.

After that ramai member-member tanya "awak pakai apa erkk ?", "dulu muka teruk sekarang dah cantik", "ehh, muka awak cantik macam fazura la" uweeeekk puihh! okay itu kak mie reka-reka saje ehh . hihihi.

Iye, memang soalan yang sering mereka tanya apa yang kak mie pakai sampai hilang semua jer jer kat muka ni. Kak mie terus terang je kat mereka apa yang kak mie pakai, kak mie tak kedekut okay ^^. Sharing is caring kannn.

Eh ehhhh, lamanya kak mie buat entry ni sampai boss dah bising dari tadi kerja tak siap. Okay u all moga ketemu pada entry akan datang yekk, yang penting ingat biar muka tak cantik asalkan hati baik. rite ?! bye adiosssssssss~


0 comments:

Post a Comment